Ziarah

 

*ZIARAH 7 MASJID DI SINGAPURA. MEREKA TEMUI “SESUATU” BUAT RAMAI UMAT ISLAM TERGAMAM.!!!*

*Sekumpulan jemaah sebuah masjid dari Malaysia telah ziarah masjid2 utama di Singapura. Pada mulanya tak harap apa2 pun yg boleh dicontohi. Tetapi bila sampai sana je mereka semua terkejut… Baca dan kongsikan.*

*Lawatan Tersebut Telah Di Susun Oleh seorang CEO syarikat penyiaran popular di Malaysia.*

*Lawatan Tersebut Adalah Sebagai Pembuka Hati dan Minda.*

*1. Masjid2 Di Singapura Yang Terpaksa Mencari Dana Sendiri Telah Di Urus Tadbir Dgn Amat Baik danTersusun.*

*2. Imam2nya Yang Lulusan Al Azhar, Selain Fasih Berbahasa Arab Juga Fasih Berbahasa Inggeris.*

*3. Golongan Professional Seperti Doktor, Jurutera, Peguam dan Lainnya Utuh Berada Di Saf Hadapan.*

*4. Ketibaan Rombongan Dari Malaysia Di Sambut Oleh Pemuda dan Pemudi Yang Dibimbing Untuk Sentiasa Aktif dan Rapat Dengan Masjid.*

*5. Pada Hujung Minggu, Masjid2 Mengatur Sekian Banyak Kursus Hinggakan Ada Kursus Khas Untuk Bibik2 Pembantu Rumah Yang Bekerja Di Singapura.*

*6. Kursus2 Seperti Membuat Kek, Pakaian, Salon Dibuat & Sijil Dikeluarkan Agar Apabila Kembali Ke Negara Asal, Mereka Dapat Berdikari Atau Mudah Mendapat Kerja.*

*7. Cafe Bertaraf “Starbucks” Dibuka Kepada Orang Ramai Termasuk Non Muslims.*

*8. Tempat Penginapan Disediakan Untuk “Backpackers” Termasuk Non Muslim. Hasilnya, Ada Backpackers Dari Australia Setelah Tinggal Di Masjid dan Berinteraksi Rapat Dengan Para Jemaah Setempat, Akhirnya Kembali Utk Bersyahadah.*

*9. Rata2 Ahli Rombongan Malaysia Berasa “Kerdil” Kerana Jauhnya Kita Ketinggalan Berbanding Saudara2 Kita Di Singapura.*

*10. Difahamkan PM Singapura Sendiri Telah Memanggil Presiden Muslim Di Singapura Utk Mengetahui Kunci Kejayaan Mereka.*

*11. Bagi Kaum Muslim Di Singapura, Pemuda Adalah “Penggerak Agama dan Bangsa” Bukan Lagi Sebagai Harapan Bangsa.*

*Alhasilnya, Jawatankuasa dan Para Pegawai Masjid2 Di Negara Kita Boleh Mencontohi Usaha Baik Ini Agar Pihak Masjid dapat Merangka dan Menyelaraskan Suatu Gerak Kerja Yang Amat Tersusun dan Bergerak Lancar Demi Kepentingan Agama Islam,Sekaligus Mewujudkan Kelompok Muslimin/Muslimat (Jemaah/Ahli Qariah) Yang Lebih Prihatin Agama dan Mencintai Sunnah.*

*Bukalah Hati dan Minda Kita. Tunjukkanlah Keperibadian dan Keindahan Islam.*

*Sekian Terima Kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua*.🌹🕌🌹

CnP

Tathaiyur

TATHAIYUR – APA TU?

Apa itu tathaiyur?
Sebahagian orang mesti pernah melakukannya
dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik.

Contoh-contoh Tathaiyur :

– tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.

– kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.

– ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.

– keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.

– tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.

– kucing hitam melintas kononnya ada musibah bakal berlaku

– air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.

– sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.

– menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, Bertathaiyur itu syirik, dan tiada antara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.

(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At-Tathayyur

“At-Tathayyur” dapat menidakkan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathayyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Taala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Taala. Padahal Allah Subhanahu Wa Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.

[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathayyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya saja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung).